Tuesday, July 6, 2010

Persoalan

Saya ingin melakukan ibadah aqiqah untuk anak lelaki saya. Umum mengetahui bahawa ibadah aqiqah untuk anak lelaki adalah afdal baginya 2 ekor kambing.

Soalan;

1) Bagaimana jika saya melakukannya dengan seekor kambing, adakah aqiqah itu menjadi tidak sempurna?
2) Abang saya telah menghadiri ceramah agama yang berkaitan dan mengatakan ibadah aqiqah ini ibarat setem.
Umpama surat tanpa setem. Doa anak tidak akan sampai kepada orang tuanya jika anak itu tidak diaqiqahkan.

wa`alaikumus salam.

1. kalau tidak mampu boleh ber`aqiqah untuk anaklelaki seekor kambing.
2. Doa anak tetap sampai kepada orang tuanya jika anakitu tidak diaqiqahkan, cuma di akhirat nanti anak itu tidak dapat memberi shafaat kepada ibu bapanya.

Ada orang aqiqahkan 7 orang anak dengan seekor lembu kerana di kiaskan dengan qurban. Apabila saya teliti hujah-hujah ulama yang qiaskan aqiqah dengan qurban ini nampaknya amat lemah sekali. Sebab itu ramai juga ulama yang berpendapat tidak sah aqiqah dengan lembu
kerana dzahir hadith dengan kambing. Mengkiaskan aqiqah dengan kurban adalah satu kesilapan keranaqurban pada hakikatnya tak sama denagn aqiqah.

Namun begitu dalam kitab Tarbiyatul Aulad, kalau tak silap saya Sheikh Nasih Ulwan ada bawa hadith Ibnu`Abbas pernah mengaqiqahkan anaknya dengan seekor unta. Anaknya ini seorang ,bukan 7 orang.Kerana itu ada juga ulama yang berpendapat bahawa boleh aqiqah dengan lembu tetapi mestilah seorang anak dengan seekor lembu, bukan 7 orang seekor lembu sebagaimana
qurban. WALLAAHU `AA`LAM.

sumber: ustaz zaharuddin

Aqiqah :Bagaimana dan bilakah masa yang paling digalakkan untuk melaksanakannya?

Melaksanakan ibadah aqiqah ialah dengan melakukan sembelihan pada hari ketujuh kelahiran anak sehinggalah akil baligh anak tersebut.

Apakah hukum melaksanakan ibadah aqiqah?


Hukum – Sunat yang dituntut ( muakad )

Berapa bilangan (ekor) haiwan ibadah aqiqah yang di galakkan?

Menurut hadis yang telah di sebutkan diatas, sekurang-kurangnya bagi seorang anak perempuan adalah seekor kambing dan bagi anak lelaki pula di galakkan dengan dua ekor kambing.

Bolehkah saya melaksanakan aqiqah untuk diri saya sendiri jika belum diaqiqahkan sewaktu kecil dahulu?

Boleh melakukan aqiqah tersebut dan hukumnya harus.

Jika saya tidak mempunyai masa dan sring sibuk, bolehkah saya mewakilkan pelaksanaan aqiqah kepada pihak ketiga?

Boleh dan hukumnya harus bagi kita untuk mewakilkan ibadah qurban mahupun aqiqah kepada pihak lain.


Apakah hukum melaksanakan ibadah qurban?

Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad. Ini bermakan ia adalah ibadah sunat yang sangat-sangat di tuntut oleh Islam keatas umatnya untuk di lakukan jika berkemampuan.


Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah qurban yang di galakkan?

Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dilakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.

sumber ezqurban.com

2 comments:

  1. Salam.sy nak bertanya.anak sy telah meninggal dunia pada umur 10bulan.sy telah melakukan akikah untuknya dan pd masa itu saya tidak tahu bahawa ibu bapa yg membuat akikah tidak boleh makan daging yg diakikahkan.apakah sempurna akikah ank sy itu?ataupun perlu kah sy mengulangi akikahnya?waallahualam.

    ReplyDelete
  2. 1.Salam sy nk btnye..adkh perlu korban 2 ekor kambing dlm 1 ms?
    2.adakah perlu korbankan 1 lagi kambing jika sy sudah korbankan 1 ekor kambing utk anak lelaki saya?

    ReplyDelete